Saturday, February 5, 2011

Jambori Udara/Internet Rantau Asia Pasifik-6 Daerah Hulu Selangor Tahun 2010

































PPM Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Krew Kelana Komunikasi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (Kelkom) dan SM Sains Hulu Selangor telah mengadakan Jambori Udara/ Internet Rantau Asia Pasifik (APRAIJ) ke-6. Jambori ini telah diadakan dengan jayanya di SM Sains Hulu Selangor, Hulu Yam Bharu. Callsign yang digunakan di SM Sains Hulu Selangor sebagai stesen master ialah 9M4SJZ.

Jambori ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu 6 hingga 8 Ogos 2010. Seramai 118 peserta Pengakap Muda dan Pengakap Remaja yang terdiri daripada pelajar sekolah-sekolah Menengah sekitar Daerah Hulu Selangor telah melibatkan diri dalam jambori ini.

Antara objektif jambori ini ialah mengeratkan perhubungan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Selangor dengan pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia dan pihak sekolah melalui kerjasama dalam penganjuran APRAIJ ini. Selain itu, melalui jambori ini juga memberi peluang kepada ahli-ahli pengakap bertemu dengan rakan-rakan pengakap yang lain menggunakan medium udara untuk bertukar-tukar pengalaman, idea dan ilmu pengetahuan. Seterusnya, memperkenalkan Radio Amatur dan kegunaannya kepada ahli-ahli Pengakap sebagai salah satu cabang ilmu dalam Pengakap. Menarik minat ahli Pengakap terhadap fungsi-fungsi Radio Amatur juga antara objektif jambori ini. Akhir sekali, mendedahkan murid-murid berbual menggunakan internet dengan cara yang baik dan berhemah.

Ahli Pasukan Latihan Daerah (PLD) Hulu Selangor seramai 20 (orang) dan Krew Kelana Komunikasi dari Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (Kelkom) seramai 13 orang menjadi jurulatih dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang jambori. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari jambori ialah Radio Communication, Internet Communication, Classic Communication, Morse code/ Phonetics/ J-Code, Exhibition/ Quiz. Pengakap Kelana dari Daerah Hulu Selangor juga terlibat dalam menyediakan makanan dan minuman sepanjang jambori.

Laporan oleh Kem Komanden Encik Zahrul Kasirin (Penolong Pesuruhjaya Tugas-tugas Khas Pengakap Muda)

No comments:

Post a Comment