Saturday, February 5, 2011

Jambori Sempadan Malaysia-Thailand Tahun 2010





















Dua orang ahli pengakap Hulu Selangor telah terpilih mewakili kontinjen Malaysia ke Jambori Sempadan Malaysia Thailand anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pelajaran Thailand. Mereka menaiki bas ke kem Timah Tasoh, Perlis pada 20 Julai 2010 untuk menjalani latihan pusat di sana selama dua hari sebelum ke Wilayah Saton, Thailand pada 23 Julai 2010 hingga 28 Julai 2010.

LOG JAMBORI oleh Mohamad Syahid bin Ismail dan Hariz bin Azmi
20.07.2010- Sampai di Kem Timah Tasoh pada 7.00pm
21.07.2010-Mula latihan pusat : ikatan, kawad kaki, belajar bahasa Thailnd, raptai majlis perasmian
22.07.2010-Perasmian Majlis Penyerahan Bendera M'sia oleh Timbalan Menteri Pelajaran M'sia. Bergerak ke Thailand. 1.00pm sampai ke Kem Pakbong, Satun, Thailand
23.07.2010 -2.00pm - Majlis perasmiaan (ketika majlis berlangsung, hujan turun dan angin bertiup kencang. Kontinjen Pengakap Malaysia mendapat pujian yangt inggi daripada pengakap Thailand di atas semangat dan komitmen yangdiberikan. Malam-Malam kebudayaan - persembahan daripada negara Thailand, Malaysia dan Indonesia.
24.07.2010 - Aktiviti visual education: Dibawa ke Muko Petra National Park di tepi pantai. Melakukan aktiviti nyanyian dan melihat pemandangan laut yang indah. Aktiviti sufficieny economy: Dibawa ke kebun dan bendang Belajar kraftangan.
25.07.2010 - Pioneering: Membuat menara tinjau yang besar
Hiking: berjalan-jalan di sekitar kampung dan bendang dan menyertai sukaneka
Malam: Malam kebudayaan bagi negara Malaysia di subkem Malaysia. Kontinjen
Negeri Selangor telah mendapat Tempat Pertama (Lelaki menyanyi rasa sayang dan perempuan menari)
26.07.2010 - Water sport: Aktiviti kayak, berakit, berenang, kayuh perahu dan cara menyelamatkan mangsa lemas.
- Adventure : Aktiviti lasak seperti flying fox, melintasu sungai, memanjat, dan lain-lain.
- Malam : closing ceremony : Persembahan dan perasmian penutup.
27.07.2010 - Berkemas untuk pulang ke Kem Timah Tasoh. Hanya kontinjen Negeri selangor, Perak, Kelantan dan Terangganu sahaja yang tinggal di Kem Timah Tasoh. Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pulang ke negeri masing-masing.
28.07.2010 -Singgah di Padang Besar, Perlis untuk membeli belah,
7.00pm sampai ke JPS

No comments:

Post a Comment