Saturday, April 7, 2012

Perkhemahan Lencana Peningkatan, Kemajuan dan Kemahiran Daerah Hulu Selangor 2012





















Pada 6-8 April 2012 telah berlangsung perkhemahana Lencana Kemajuan bagi PKK, Pengakap Muda dan Remaja manakala Lencana Kemahiran bagi Pengakap Remaja di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor. Ia telah disertai seramai 646 orang peserta dimana 135 ahli PKK, 427 Pengakap Muda, 84 Pengakap Remaja dan 43 guru dan Kelana.

Mesyuarat PLD Hulu Selangor Kali Kedua 2012








Pada 3 April 2012 telah berlangsung mesyuarat PLD Hulu Selangor kali kedua di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Kalumpang, Hulu Selangor.

Friday, March 30, 2012

Pentarafan Pengakap Raja Negeri Selangor 2012

Pada 30 Mac - 2 April 2012 akan berlangsungnya Pentarafan Pengakap Raja Negeri Selangor 2012 di Kem Semenyih, Hulu Langat, Selangor. Seramai 10 orang calon Pengakap Raja Hulu Selangor telah sama-sama mengikuti pentarafan tersebut. Diharapkan semua calon pengakap Raja Negeri Selangor khususnya Hulu Selangor akan berjaya dalam semua ujian pentarafan.

Sunday, March 25, 2012

Perkhemahan Pelantikan Kelana Daerah Hulu Selangor 2012











Pada 24 - 25 Mac 2012 telah berlangsung juga perkhemahan Pelantikan Kelana Daerah Hulu Selangor yang telah diadakan di SMK Sungai Choh. Peserta terdiri daripada 184 ahli Kelana termasuk Kelana SMK Sungai Choh, Kelana SMK Kuala Kubu Bharu, Kelana SMK Syed Masyor dan Kelana C Hulu Selangor. Pada perkhemahan yang sama telah berlangsung pertandingan Forum Kelana yang bertajuk Program Realiti Television. Pertandingan telah dijuarai oleh SMK Syed Masyhor manakala Naib Johan ialah SMK Sungai Choh dan tempat ketiga dimenangi SMK Kuala Kubu Bharu.

Kursus Ketua Patrol dn 6 Sekawan Daerah Hulu Selangor 2012

Pada 24 - 25 Mac 2012 telah berlangsung kursus Ketua Patrol dan 6 Sekawan Daerah Hulu Selangor yang disertai oleh seramai 257 ahli pengakap Kanak-Kanak, Muda dan Remaja seluruh Daerah Hulu Selangor. Perkhemahan diadakan di SMK Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Wednesday, March 21, 2012

Kursus Manikayu Penerangan Negeri Selangor Zon Hulu Selangor 2012



























Pada 21 Mac 2012 telah berlangsung Kursus Manikayu Penerangan Peringkat Negeri Selangor di SMK Kuala Kubu Bharu. Seramai 232 peserta kursus terlibat iaitu 200 ahli kelana seluruh Daerah Hulu Selangor dan 32 guru pemimpin daerah Hulu Selangor. Antara penceramah yang terlibat memberi sesi ceramah kursus ialah Tuan Che Zainudin sebagai Ketua Kursus, Encik Sahrom bin Jaafar,Encik Murshid Al Hafiz, Encik Zahrul bin Kasirin, Encik Suhaini bin Samsudin dan Puan Halezza binti Ibrahim. Tajuk-tajuk yang dibincangkan ialah Sejarah Baden Powell, Sejarah Pengakap Dunia dan Kepengakapan di Malaysia, Pakaian Seragam Pengakap, WOSM, Tujuan dan prinsip Pengakap, Komitmen pemimpin dan sesi soal jawab.
video