Thursday, February 24, 2011

Kursus Manikayu Asas Penerangan Daerah Hulu Selangor Tahun 2011

Encik Pada 24 Februari 2011, seramai 143 orang peserta kursus Manikayu Asas Penerangan yang terdiri daripada 59 pemimpin pengakap sekolah daripada sekitar Hulu Selangor dan 84 orang ahli-ahli kelana daripada SMK Sungai choh, SMK KKB dan SMK Syed Masyor. Kursus tersebut telah diadakan di SMK Sungai Choh, Hulu Selangor. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor, Tuan Haji Ishak bin Haji Jonid. beliau sempat memberi amanat dan kata-kata nasihat dan perangsang kepada semua peserta kursus. Pada majlis yang sama seramai 4 orang Penolong-penolong Pesuruhjaya telah menerima tauliah iaitu Encik Zahrul bin Kasirin, Puan Maharom binti Marjumat, Encik Ahmad Niza bin Mat Mor dan Encik Murshid manakala 4 orang pemimpin telah menerima Manikayu 2 bead masing-masing iaitu Encik Sahrom bin Jaafar, Puan Norhasida binti Hassan, Encik Hassanal Zairi dan Encik Joha. Pada majlis yang sama juga, puan Halezza binti Mohd Jabar @ Ibrahim pula telah dianugerahkan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara. Tahniah kepada semua peserta kursus, penerima tauliah, anugerah dan manikayu.

Mesyuarat Agung PPM Negeri Selangor Tahun 2011

Pada 20 Februari 2011 telah berlangsung Mesyuarat Agung PPM Negeri Selangor di PPD Hulu Langat. PPM Hulu Selangor mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Selangor, Tuan Che Zainudin bin Che Mohd Nor, Mantan Setiausaha Kehormat Daerah Hulu Selangor, Tuan Ahmad Nasir bin Salleh dan Mantan Bendahari Kehormat, Tuan Ahmad Niza bin Mat Mor dan Mantan Pegawai PPD (Unit Kokurikulum) Tuan Yaakob kerana telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) atas kecemerlangan mereka di dalam kepengakapan. Sekali lagi TAHNIAH juga kepada Pesuruhjaya Daerah yang juga telah dianugerahkan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara.

Saturday, February 19, 2011

Perkhemahan Ujian Sikap Pengakap Raja Negeri Selangor 2011

























Pada 18-20 Februari 2011, seramai 12 orang calon pengakap Raja sekolah telah menghadiri ujian sikap Pengakap raja yang telah dijalankan di Kem Rimba Templer, Rawang.

Monday, February 14, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kempori Jubli Emas Hulu Selangor 2011

Pada 14 Februari 2011 telah berlangsung mesyuarat Jawatankuasa Induk Kempori Jubli Emas Pengakap Hulu Selangor di Kem Lembah Genting, Batang Kali. Ia melibatkan beberapa kakitangan kerajaan dan bukan Kerajaan bagi membincangkan peranan mereka dalam Kempori tersebut. Antara yang terlibat ialah YB Isa (Pengerusi Pengakap Daerah), Tuan Haji Azkiah (ASC), Tuan Che Zainudin (Pesuruhjaya Daerah) dan wakil-wakil jabatan kerajaan dan bukan kerajaan.

Kursus Ketua Patrol dan 6 Sekawan Daerah Hulu Selangor Tahun 2011





























Perkhemahan telah berlangsung di SMK Bandar Sungai Buaya pada 12-13 Februari 2011. Seramai 299 peserta daripada pengakap Kanak-kanak, pengakap Muda dan pengakap Remaja sekitar Hulu Selangor telah turut serta. Majlis perasmian penutupan dilaksanakan oleh wakil PPD iaitu Puan Yusma binti Yusuf. Pada hari yang sama, kesemua 12 orang calon Pengakap Raja menerima Anugerah Ketua Pengakap Negara (Rambu Kuning).

Friday, February 11, 2011

Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Pengakap Hulu Selangor Tahun 2011

Mesyuarat berlangsung pada 10 Februari 2011 di SMK Taman Bunga Raya 1. Seramai 58 orang pemimpin seluruh daerah Hulu Selangor telah hadir. Wakil dari PPD iaitu Puan Yusma turut sama bagi memberi semangat dan amanat kepada Pengakap Daerah. Puan pengetua SMK Taman Bunga Raya 1 selaku pengerusi pengakap daerah, Puan Jamilah binti Hussein juga sempat memberi suntikan dalam kata aluan beliau. Dalam mesyuarat tersebut, Tuan Pesuruhjaya, Encik Che Zainudin telah memperkenalkan Majlis Pesuruhjaya dan PLD daerah bagi sesi 2011. Mangakala setiausaha Kehormat melaporkan Aktiviti pengakap sepanjang Tahun 2010 dan Perancangan Aktiviti Pengakap bagi Tahun 2011. Tuan Suhaini Samsudin juga membuat laporan pendaftaran tahun 2010 dan taklimat pendaftaran baru tahun 2011. Taklimat mengenai Kempori Jubli Emas Pengakap Hulu Selangor juga telah diberikan oleh Penolong Pesuruhjaya Sumber dan Latihan, Encik Sahrom yang telah dilantik sebagai JK Aktiviti kempori yang bakal diadakan tersebut. Moga segala perancangan yang dirancang dapat berjalan dengan jayanya.

Sunday, February 6, 2011

Santai Kelana 2011

Pada 6 Februari 2011, seramai 18 orang ahli Kelana C Hulu Selangor telah mengadakan perjumpaan di Bistro Salam Bukit Sentosa bagi membincangkan perancangan program bulan Mac dan Ogos. Pendaftaran ahli kelana C Hulu Selangor juga diadakan pada hari tersebut.

Saturday, February 5, 2011

Mesyuarat Majlis Pengakap Daerah Hulu Selangor Tahun 2011







Mesyuarat Exco Pengakap Hulu Selangor diadakan di SMK Sungai Choh pada 28 Januari 2011. Antara yang hadir ialah Pengerusi Pengakap Daerah Hulu Selangor YB Datuk Mohd Isa b Abu Kasim, Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Tuan Che Zainudin b Che Mohd Nor, Setiausaha Kehormat Puan Halezza Ibrahim, Bendahari Kehormat Puan Maziran Mustapha Kama, Encik Suhaini (ADC IT dan Pentadbiran) dan Encik Ahmad Nirza (PLD). Antara agenda mesyuarat ialah perancangan Kempori Jubli Emas Hulu Selangor 2011.