Saturday, February 25, 2012

Ujian Sikap Pengakap Raja Negeri Selangor 2012







Pada 24-27 Februari 2012 seramai 9 orang calon pengakap Raja telah mengikuti Ujian Sikap Pengakap Raja Negeri Selangor di Kem Rimba Templer, Rawang, Selangor.

Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Pengakap Daerah Hulu Selangor 2012







Pada 23 Februari 2012 telah berlangsung Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Pengakap Hulu Selangor yang diadakan di MRSM Kuala Khubu Bharu. Ia turut dihadiri oleh YB Datuk Mohd Isa bin Kasim, ADUN Batang Kali selaku Pengerusi PPM Hulu Selangor dan juga pengarah MRSM Kuala Khubu Baru sendiri. Seramai 61 orang pemimpin pengakap seluruh Hulu selangor telah hadir bagi menghadiri mesyuarat tersebut. Sebelum mesyuarat bermula, seramai 9 orang calon pengakap Raja Hulu Selangor telah dianugerahkan Rambu Pengakap Remaja. Antara agenda nesyuarat ialah Laporan Aktiviti PPM Hulu Selangor bagi tahun 2011 dan perancangan Aktiviti 2012, Laporan Pendaftaran 2011 dan Taklimat pendaftaran 2012.

Pra Pentarafan Pengakap Raja Hulu Selangor 2012







Pada 17-19 Februari 21012 PPM Hulu Selangor telah mengadakan Pra pentarafan Pengakap raja di SMK Taman Bunga Raya 1 di mana dihadiri oleh 11 orang calon Pengakap Raja Hulu Selangor. Seramai 4 jurulatih terlibat dan turut dibantu oleh pengakap raja Hulu Selangor. Pada malam 17 februari juga berlangsung mesyuarat Kelana C Hulu selangor bagi membincangkan AJK baru.