Friday, March 30, 2012

Pentarafan Pengakap Raja Negeri Selangor 2012

Pada 30 Mac - 2 April 2012 akan berlangsungnya Pentarafan Pengakap Raja Negeri Selangor 2012 di Kem Semenyih, Hulu Langat, Selangor. Seramai 10 orang calon Pengakap Raja Hulu Selangor telah sama-sama mengikuti pentarafan tersebut. Diharapkan semua calon pengakap Raja Negeri Selangor khususnya Hulu Selangor akan berjaya dalam semua ujian pentarafan.

Sunday, March 25, 2012

Perkhemahan Pelantikan Kelana Daerah Hulu Selangor 2012











Pada 24 - 25 Mac 2012 telah berlangsung juga perkhemahan Pelantikan Kelana Daerah Hulu Selangor yang telah diadakan di SMK Sungai Choh. Peserta terdiri daripada 184 ahli Kelana termasuk Kelana SMK Sungai Choh, Kelana SMK Kuala Kubu Bharu, Kelana SMK Syed Masyor dan Kelana C Hulu Selangor. Pada perkhemahan yang sama telah berlangsung pertandingan Forum Kelana yang bertajuk Program Realiti Television. Pertandingan telah dijuarai oleh SMK Syed Masyhor manakala Naib Johan ialah SMK Sungai Choh dan tempat ketiga dimenangi SMK Kuala Kubu Bharu.

Kursus Ketua Patrol dn 6 Sekawan Daerah Hulu Selangor 2012

Pada 24 - 25 Mac 2012 telah berlangsung kursus Ketua Patrol dan 6 Sekawan Daerah Hulu Selangor yang disertai oleh seramai 257 ahli pengakap Kanak-Kanak, Muda dan Remaja seluruh Daerah Hulu Selangor. Perkhemahan diadakan di SMK Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Wednesday, March 21, 2012

Kursus Manikayu Penerangan Negeri Selangor Zon Hulu Selangor 2012



























Pada 21 Mac 2012 telah berlangsung Kursus Manikayu Penerangan Peringkat Negeri Selangor di SMK Kuala Kubu Bharu. Seramai 232 peserta kursus terlibat iaitu 200 ahli kelana seluruh Daerah Hulu Selangor dan 32 guru pemimpin daerah Hulu Selangor. Antara penceramah yang terlibat memberi sesi ceramah kursus ialah Tuan Che Zainudin sebagai Ketua Kursus, Encik Sahrom bin Jaafar,Encik Murshid Al Hafiz, Encik Zahrul bin Kasirin, Encik Suhaini bin Samsudin dan Puan Halezza binti Ibrahim. Tajuk-tajuk yang dibincangkan ialah Sejarah Baden Powell, Sejarah Pengakap Dunia dan Kepengakapan di Malaysia, Pakaian Seragam Pengakap, WOSM, Tujuan dan prinsip Pengakap, Komitmen pemimpin dan sesi soal jawab.

Saturday, March 17, 2012

Latihan Pusat Cabaran Kinabalu Fasa I di Bukit Fraser








Pada 11 Mac 2012 bersamaan dengan Ahad, telah diadakan latihan pusat Fasa I di Bukit Fraser, Pahang. Ia disertai seramai 14 orang peserta Cabaran Kinabalu Pengakap Negeri Selangor dan 11 peserta lagi terdiri daripada ahli keluarga dan rakan taulan peserta sebagai memberi semangat. Latihan sejauh 15 kilometer itu melalui sekitar Bukit Fraser.

Saturday, March 3, 2012

Mesyuarat Majlis Pengakap Bersama PLD Kali Pertama 2012








Pada 2 Mac 2012 bersamaan dengan hari Jumaat telah berlangsung mesyuarat Majlis PPM Hulu Selangor bersama PLD di Pejabat ADUN Batang Kali, Batang Kali. Antara agenda mesyuarat ialah membincangkan perancangan aktiviti dan peruntukan sumber bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Datuk YB Isa bin Abu Kasim selaku Pengerusi PPM Hulu Selangor telah menyampaikan amanat beliau agar PPM Hulu Selangor menjayakan semua aktiviti yang dirancang dengan baik dan beliau bersama-sama Ahli Majlis akan sentiasa menyokong dan membantu agar semuanya berjalan seperti yang dirancang.