Tuesday, March 29, 2011

Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Muda dan lencana Kegiatan Pengakap Remaja 2011

Pada 25 Mac- 27 Mac 2011 telah berlangsung Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Muda dan Lencana Kegiatan Pengakap Remaja di Kem Restu Ibu, Ulu Kalong, Batang Kali. Ia melibatkan penyertaan 514 orang peserta yang terdiri daripada pengakap Muda dan pengakap Remaja sekolah-sekolah sekitar Hulu Selangor. Antara aktiviti yang dijalankan ialah simpulan dan ikatan, penyamaran, orienteering, radio amatur, pembinaan pondok sementara, kawat asas dan kawat tongkat, kebudayaan dan banyak lagi. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Puan Suhana binti Saad selaku Penolong Pegawai Pelajaran Hulu Selangor Unit Kokurikulum.

Mesyuarat PLD Pengakap Husel Kali Kedua 2011

Mesyuarat PLD telah diadakan pada 22 Mac 2011 di Kem Restu Ibu, Ulu Kalong, Batang Kali bagi membincangkan pelaksanaan Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Muda dan Lencana Kegiatan Pengakap Remaja. Antara yang turut hadir ialah puan Suhana, Penolong Pegawai PPD Unit Kokurikulum.

Friday, March 18, 2011

Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Selangor Tahun 2011
















Ujian Pentarafan Pengakap Raja dijalankan di Kem Rimba Templer, Rawang pada 12-16 Mac 2011. Hampir 200 org Calon Pengakap Raja telah mengharungi cabaran ujian dan cuaca untuk melayakkan diri dianugerahi Pengakap Raja sekiranya lulus. Seramai 12 orang calon Pengakap Raja Hulu Selangor telah turut terlibat dalam ujian tersebut.